TURIN,-penyerang Juventus, Mirko Vucinic, mencetak dua gol yang menentukan kemenangan pasukannya 2-1 ke atas Pescara dalam lanjutan Serie-A di Juventus Stadium, Sabtu (6/4/2013). Vucinic merayakan gol pertamanya dengan membuka seluar.
Juventus kelihatan menguasai perlawan pada babak pertama namun belum berjaya mendapatkan gol yang di cari-cari .. perlawanan babak pertama berkesudahan dengan 0-0.
Kehebatan pasukan lawan akhirnya runtuh di kaki Vucinic yang berjaya menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-72. Juve mendapatkan hadiah penalti setelah Vidal dijatuhkan di dalam kotak penalti.
Selepas Vucinic berjaya menjaringkan gol, Vucinic melakukan selebrasi kontroversi dengan membuka celannya. Akibat selebrasi itu, Vucinic diberikan kad kuning. Selebrasi yang sama pernah dilakukan Vucinic ketika membela negaranya, Montenegro saat melawan Switzerland pada 2010.
Vucinic kembali mencatatkan namanya di papan skor selepas menjaringkan gol pada minit ke-78. Pemain yang pernah bermain dengan AS Roma tersebut terlebih dulu berjaya mengelabui satu pemain lawan, sebelum mencetak gol.
Puas dengan prestasi Vucinic, pelatih Antonio Conte menggantikannya dengan Alesandro Matri. Namun, belum sempat perubahan tersebut membuahkan hasil, Juve malah dibolosi pada minit ke-83. Tendangan kaki kanan yang dilepaskan Emmanuele Cascione menerja sudut kanan atas gawang Storari. Meski begitu, Juve tetap mampu menjaga keunggulannya hingga perlawanan tamat
Tidak ada komentar:
Posting Komentar